UMK mengalu-alukan mana-mana agensi antarabangsa atau tempatan serta pelajar UMK untuk bekerjasama dengan kami sebagai wakil kami dalam membawa pelajar antarabangsa ke UMK.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan satu perjanjian standard dan komisen bagi agensi perekrutan pelajar antarabangsa yang akan digunakan sebagai panduan.

2. Meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di UMK dengan jumlah yang tinggi pada setiap kemasukan.

FUNGSI PEREKRUTAN PELAJAR ANTARABANGSA

1. Agensi perekrutan pelajar antarabangsa hendaklah menguruskan hal berkaitan perekrutan pelajar antarabangsa dari negara yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

2. Agensi perekrutan pelajar antarabangsa bertanggungjawab untuk mempromosi program pengajian yang ditawarkan oleh pihak Universiti melalui cara ataupun kaedah yang efisyen seperti pameran, pengiklanan dan sebagainya dengan kos sepenuhnya ditanggung oleh agensi perekrutan pelajar antarabangsa sendiri.

3. Agensi perekrutan pelajar antarabangsa dibenarkan untuk mengadakan kerjasama atau hubungan dua hala dengan agensi perekrutan pelajar antarabangsa yang lain bagi mendapatkan pelajar antarabangsa dan perlu memaklumkan melalui surat rasmi kepada pihak Universiti berkaitan bentuk kerjasama yang dijalinkan.

4. Agensi perekrutan pelajar antarabangsa juga boleh bertindak sebagai penghubung kepada Universiti dengan Universiti lain di negara yang terlibat dengan promosi agensi perekrutan pelajar antarabangsa.

5. Agensi perekrutan pelajar antarabangsa hendaklah sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik dalam memberi penerangan yang tepat dan terkini berkaitan Universiti kepada calon pelajar antarabangsa.

6. Agensi perekrutan pelajar antarabangsa hendaklah sentiasa mematuhi sebarang tatacara pengurusan pelajar antarabangsa sama ada tatacara yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Malaysia atau pihak Universiti.

FOR STUDENT RECRUITMENT APPLICATION FORM PLEASE CLICK HERE:https://umki.umk.edu.my/en/download/Recruitment-Agent/